Bagaimana Isteri Boleh Jamin Nafkah Hidup Dari Suami
Anda tentunya pernah melihat gambar atau cerita di akhbar dan majalah tempatan mengenai individu tertentu yang terpaksa merayu dan meminta bantuan kewangan apabila suami mereka meninggal dunia, lumpuh atau ditimpa penyakit kritikal.
Anda juga mungkin dapat gambarkan sendiri, bagaimana peritnya kehidupan mereka apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka. Bukan sahaja belanja makan minum anak-anak perlu ditanggung, pelbagai bil bulanan, belanja sekolah dan hutang pinjaman yang perlu mereka selesaikan setiap bulan.
Mereka terpaksa membesarkan anak-anak dalam keadaan serba kekurangan kerana sumbangan orang ramai biasanya hanya boleh bertahan untuk beberapa bulan sahaja. Dan ada kalanya, mereka terpaksa menyerahkan anak mereka kepada keluarga yang 'lebih mampu' untuk menyaranya.
Persoalannya - Mahukah anda mengalami nasib yang serupa seperti mereka ? (Isu kewangan yang anda hadapi sekarang)
Anda mungkin tidak sedar bahawa sekiranya semalam, suami anda anda meninggal dunia, lumpuh atau ditimpa penyakit kritikal , gaji suami juga akan turut terhenti.
Jika perkara ini berlaku keatas diri anda, apakah jalan penyelesaian yang menjadi pilihan anda ?
1 - Menggunakan Simpanan Sendiri
Persolannya - Adakah anda memiliki simpanan yang mencukupi untuk menyara kehidupan keluarga, tanpa bantuan dari gaji suami ?
Dan jika anda boleh bekerja, adakah gaji anda cukup untuk menampung segala keperluan keluarga serta hutang pinjaman yang ada ?
2 - Menjual Harta Benda
Walaupun suami anda berharta, anda mungkin terpaksa menjual kesemua harta-harta tersebut pada harga yang murah kerana menjual dalam keadaan terdesak apabila suami ditimpa penyakit kritikal.
Persolannya - Dimana anda dan anak-anak tinggal selepas itu ?
3 - Suami Mengambil Polisi Insurans
Sekiranya suami menamakan anda sebagai penama di dalam polisi insurans, anda BUKAN PENERIMA 100 peratus, sebaliknya hanya boleh bertindak sebagai Pemegang Amanah ( Wasi ) ke atas duit pampasan insurans tersebut mengikut hukum Faraid. ( Rujukan Akta Insurans 1996, Seksyen 167 ).
Apa yang ramai wanita tidak sedar adalah hak isteri mengikut hukum faraid hanyalah satu per lapan sahaja dari harta pusaka suaminya.
Persoalannya - Hak 1/8 dari jumlah pampasan RM 100,000 hanyalah RM 12, 500 sahaja. Bolehkah anda meneruskan kehidupan anda dan anak-anak dengan duit sebanyak ini ?
Siapa Yang Patut Merancang ?
1. Isteri yang bersuamikan lelaki yang berisiko tinggi, sama ada dari segi pekerjaan atau tabiat hidup ( seperti perokok, gemar memndu laju, penunggang motosikal dan mereka yang hidup bersosial ).
2. Isteri yang bersuamikan lelaki yang banyak menanggung hutang pinjaman.
3. Isteri yang dimadukan kerana hak pusakanya menjadi lebih kecil apabila suami beristeri lebih.
4. Isteri yang sedar kewangan keluarganya tidak mencukupi walaupun suami berpendapatan tetap.
5. Isteri yang bersuamikan lelaki yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti peniaga dan ahli perniagaan.
6. Isteri yang ingin melindungi keluarga dari suami yang tidak pernah kisah untuk mengambil Insurans untuk dirinya sendiri.
Alternatif Baru - Isteri Daftar Hibah Atas Nama Suami
Ramai wanita tidak sedar yang mereka boleh memohon hibah ke atas suami mereka bagi melindungi kepentingannya dan kebajikan anak. Permohonan sebegini perlu dilakukan dengan betul agar anda dapat memiliki hibah ke atas suami, tanpa perlu membahagi-bahagikan kepada pewaris lain.
0 comments:
Post a Comment