Melayu Kurang Kesedaran Tentang Kepentingan Takaful/Insurans

.

Assalammua'laikum semua pembaca :) Hari ni saya nak sentuh isu yang agak sensitif sedikit. Sepanjang saya melibatkan diri dalam bidang insurans ni, rata-rata tidak sedar akan kepentingan insurans. Tidak kurang juga, masih ramai yang tidak ada saving/emergency fund. Berdasarkan kajian, antara punca-puncanya adalah, mereka rasa insurans adalah bebanan yang terpaksa dibayar setiap bulan.




Mereka tidak sedar, bahawa insurans bukanlah liabiliti..tapi ia merupakan satu 
aset penting yang mana bukan saja memberi perlindungan, malah boleh dibuat
simpanan. Saya agak pelik disini,  kalau berbelanja untuk benda lain yang tidak
penting, sanggup pula mereka berhutang bergadai...
Tapi, kalo sebut pasal insurans, bermacam alasan diberi. Kat bawah ni ada 
saya sertakan keratan akhbar tentang isu ini. renung-renungkan :)

Kalau nak dibandingkan dengan kaum bukan bumiputera, beza peratusan 
pengambilan polisi insurans adalah sangat besar. Adakah kita sanggup 
menyusahkan sanak saudara kita apabila kita menghidap penyakit? Ramai 
yang mengatakan tidak ingin menyusahkan sanak saudara... tetapi berapa 
ramai  daripada kita yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban 
kewangan kita ketika kita jatuh sakit. Saya yakin daripada 10 orang, tidak 
sampai separuh yang mengambil langkah untuk mengurangkan beban kewanga
kita ketika kita sakit. Selain itu pernahkah kita terfikir yang duit  simpanan kita 
mungkin terpaksa dikeluarkan apabila kita menghidap penyakit yang 
memerlukan pembedahan. Ya memang benar Hospital Kerajaan mengenakan 
caj yang minimum untuk merawat penyakit. Tetapi ini bermakna Hospital  
Kerajaan juga sangat sesak. Terdapat keadaan di mana pesakit-pesakit 
terpaksa menunggu untuk ditempatkan di wad kerana wad masih penuh. 

Ramai juga daripada kita ingin meninggalkan harta dan wang yang cukup untuk 
keluarga kita apabila kita meninggal dunia. Tetapi apakah usaha kita untuk 
memastikan matlamat kita itu berjaya? 
Dengan mengambil insurans atau takaful kita sekurang-kurangnya dapat 
memastikan bahawa waris atau keluarga kita mendapat wang pampasan 
dengan kadar yang cepat sementara menunggu urusan pengagihan harta 
mengikut undang-undang yang biasanya mengambil masa. 

Anda tak perlu untuk fikir dua atau tiga kali, lagi. Apa yang perlu anda fikirkan 
adalah kesejahteraan dan kesihatan keluarga anda pada masa hadapan. Anda 
boleh isi form yang tersedia dalam ruangan di bawah. tq

0 comments:

Post a Comment

Borang Maklumat

Name:
Email Address:
Phone Number
Occupation
Tarikh Lahir
Pendapatan Keluarga ( RM )
Merokok
Pakej Hibah
Negeri
Daerah
Maklumat Tambahan

This form powered by Freedback